Kehilangan data atau terdelete data itu perkara biasa yg berlaku pada
setiap lappy/pc.Terkadang kte jadi x senang hati kerana data yg
terdelete itu adalah data yg penting.Dahi terkerut,"ala...mcamane
ney...hilang plak data tu..arghhhh!.."
Bak mcm kehilangan sesuatu yg berharga..begitulah same dengan data
penting yg hilang.Usah gusar,kt sini aku kongsikan tips tentang tool yg
boleh mengembalikan data2 yg hilang/terdelete korang tu.,
1. Recuva
Recuva adalah tool yang mesra pengguna berasaskan Windows.
Sewaktu korang menggunakan Recuva, korang leh dapatkan fail yang hilang
dengan menu file-recovery wizard atau the application’s manual mode.
File-recovery wizard ini berguna jika korang yakin data korang dah
tiada tapi korang tidak cukup yakin di kemana hilangnya atau cara untuk
mendapatkannya kembali.
Wizard ni dapat digunakan untuk mengecilkan pencarian korang untuk
jenis gambar, muzik, dokumen, video, atau semua fail, dan korang boleh
menyusun lokasi pencarian di komputer korang seperti di removable
media, My Documents, Recycle Bin, atau lokasi tertentu .
Sesuai digunakan untuk sistem operasi Windows.
2. Undelete Plus
Undelete Plus ini bekerja pada semua versi Windows dandari FAT dan NTFS sistem fail.
Seperti Recuva, Undelete Plus memberikan recovery kemungkinan untuk mecari fail-fail yang crash/rosak.
Korang boleh mencari fail berdasarkan jenisnya, menyusun filter
berdasarkan waktu dan ukuran serta dapat menghasilkan struktur folder
tetap sewaktu korang selesai melakukan recovery file.
Sesuai digunakan untuk sistem operasi Windows.
3. TestDisk
TestDisk adalah tool yang mampu untuk memulihkan data korang. Tidak
hanya dapat melakukan TestDisk pemulihan seperti menghapus file secara
tidak sengaja dari FAT, NTFS, ext2 dan file sistem, tetapi mempunyai
fungsi tambahan yang lain.
Dengan TestDisk koramg dapat memulihkan boot sektor,mengembalikan boot
sektor, memperbaiki table FAT, memperbaiki MFT, menemukan backup
ext2/ext3 superblock, menemukan partisi yang hilang dengan banyak
format yang dapat membantu korang mencari data yang hilang.
Sesuai digunakan untuk sistem operasi Windows/Mac/Linux.
4. PhotoRec
PhotoRec adalah pelengkap program TestDisk. Seperti TestDisk, tool cukup kuat untuk membuat recovery file.
Ramai pengguna lebih suka PhotoRec sebagai alternatif yang lebih aman apabila dalam pemulihan, disk tidak diperlukan.
PhotoRec merupakan tool canggih yang cepat dan aman untuk menyalin fail yang korang padamkan ke disk yang lain.
Sesuai digunakan untuk sistem operasi Windows/Mac/Linux.
5. Restoration
Restoration hanya bersaiz kecil, tanpa tool tambahan dan merupakan
portable.Namun,tool ini berupaya memulihkan fail-fail yang hilang dalm
sistem operasi windows korang.
Restoration memiliki kemampuan untuk mennyusun parameter fail seperti ukuran dan nama file.
Sesuai digunakan untuk sistem operasi Windows.
6. GetDataBack
GetDataBack mampu memulihkan data korang jika hard drive’s partition
table, boot record, FAT / MFT atau direktori root hilang atau
crash/rosak, data yang telah hilang akibat serangan virus, drive yg
telah diformat, kegagalan sistem crash, fail yang hilang.
Sesuai digunakan untuk sistem operasi Windows.
No comments:
Post a Comment