Tetapi ada satu lagi cara yang lebih menarik. Cara ini membuatkan folder anda tidak dibaca sebagai hidden folder oleh Windows dan anda boleh mengakses dengan double-click seperti folder-folder lain. Ia hanya menyembunyikan folder tersebut dari pandangan.
Paling menarik walaupun anda tukar ke ‘Show Hidden File’ sekalipun, folder ini tidak akan kelihatan!
CARA-CARA :
- Buat satu folder di mana sahaja tempat yang anda suka (klik kanan > New > Folder)
- Klik kanan pada folder baru dan pilih Rename.
- Tekan butang ‘Alt‘ (selalunya sebelah spacebar) dan taip ‘0160‘ (mesti menggunakan Numpad – nombor-nombor yang di sebelah kanan keyboard anda) dan tekan Enter.
- Anda telah berjaya menghilangkan nama folder anda!
- Klik kanan pada folder itu lagi, Properties > Customize > Change Icon > pilih icon yang tidak mempunyai gambar (selalunya ia terletak sebelah icon mangga dan icon bumi)
- Klik OK dan Apply dan OK. Anda telah siap membuatkan folder anda tidak kelihatan.
More Gadgets
No comments:
Post a Comment